PENGENALAN DIRI

Nama penulis blog ini ialah Nur Syakira Fadhlin Binti Zainal Abidin. Berumur 23 tahun dan lahir di Hospital Kuala Terengganu. Namun, membesar di Semenyih, Selangor dan ahli keluarga merupakan anak kelahiran Selangor. Selain itu, mempunyai seramai lima orang adik-beradik (termasuk diri penulis) dan merupakan anak keempat.

Hobi pada waktu lapang ialah membaca buku seperti Teme Abdullah dan Ustaz Adnin. Selain itu, meminati kepelbagaian bahasa dalam Malaysia, Inggeris dan Jepun. Penulis pernah bersekolah di Selayang, Putrajaya dan Bandar Rinching. Kemudian menyambung diploma dalam program Diploma Pengurusan Maklumat (IM110). Seterusnya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod (IM246).

Pekerjaan sambilan yang pernah diceburi ialah kedai makan (KFC dan McDonald), kedai RM2 dan kedai fotostat. Kini, merupakan pelajar praktikal di Hospital Putrajaya, Jabatan Rekod Perubatan. Itu sahaja maklumat ringkas tentang diri penulis. Di bawah adalah resume penulis, bagi sesiapa yang hendak tengok contoh (boleh menegur sekiranya ada kesilapan). "Sharing is caring" 😉.

Nota: Blog ini ditulis atas dasar minat dan tiada sebarang paksaan. Tujuan utama diciptakan blog ini adalah untuk mengurangkan salah faham program ini dengan bidang lain, berkongsi pengalaman menuntut ilmu Program IM110 dan IM246, dan memberikan contoh-contoh tugasan/nota sebagai rujukan (sekiranya masih ada). Selain itu, sebarang pencarian tajuk-tajuk tertentu, sila ke Archive di bahagian sebelah kanan. Akhir sekali, disebabkan penulis masih mentah dalam bidang penulisan, ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan dijemput berkongsi pendapat di ruangan komen. Mana-mana yang baik bolehlah diambil dan yang keruh dibuang sejauhnya. TK.





Comments

  1. Assalamualaikum.
    1) Allow third-party cookies dekat settings Google.
    2) Kemudian tinggalkan komen untuk berkongsi pendapat secara terbuka ya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment