TC EVENT RESOURCES OPTIMUM PENIPU

Assalamualaikum. 
Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf jika terkasar bahasa dan sekiranya terdapat kesilapan, silakan tegur saya di ruangan komen. Hari ini, saya ingin berkongsi tentang perkara yang berlaku semalam. Pertama sekali, saya seorang yang sangat tegas membenci MLM dan scammer. Siapa je suka kan apabila dianiaya atau menjadi mangsa penipuan mereka. Baik, sejujurnya saya sekarang adalah pelajar yang baru sahaja menamatkan pelajaran di universiti. Selalunya apabila habis belajar, semestinya kita secepatnya rebut peluang pekerjaan tanpa memilih apapun. Tambahan pula waktu PKP.

Kelmarin, saya memohon pekerjaan di Maukerja. Semalam, alhamdulillah saya mendapat panggilan temuduga daripada TC Event Resources (jawatan Assistant Supervisor Event) untuk hadir harini pukul 11 pagi. Katanya, saya adalah antara lima orang yang terpilih. Betapa bangganya kerana seramai 125 orang memohon pekerjaan tersebut, saya antara yang terpilih. Pekerjaan ini menyeronokkan kerana hanya perlu SPM dan tidak perlu ada pengalaman. Saya telah memikirkan pengangkutan kerana saya tiada kereta, jadi saya perlu menaiki pengangkutan awam. Duit sudah banyak berhabis untuk temuduga sebelum ini. 

Memang telah ditulis di bahagian deskripsi mereka bahawa mereka mengatur Events. Maka, saya terus berdebar mencari tugas-tugas pekerjaannya di Google. Gaji yang dijanjikan ialah RM1700+ sebulan. Naifnya saya kerana baru hendak mencari laman web mereka setelah memohon pekerjaan tersebut, tetapi tidak menemukan keputusan carian yang diharapkan. Nama syarikat mereka adalah sempena nama bangunan di Kuching, tempat temuduga mereka sentiasa berubah dan di seluruh negara. Saya bertanya kepada rakan-rakan, buat kajian di Google dan lain-lain, akhirnya saya membuat keputusan tidak menghadiri temuduga ini kerana mereka sangat diragui. Saya bertanya kepada pihak temuduga untuk maklumat lanjut, tetapi mereka teragak-agak menjawab mesej saya. Mereka ada memberikan saya laman Facebook dan nama kumpulan mereka sebenarnya Optimum kalau saya tidak salah. Ramai yang terkena dengan kumpulan ini dan akhirnya balik daripada temuduga dengan perasaan kecewa.

Mereka sebenarnya adalah penjual produk dan bayaran mengikut komisen sekiranya produk terjual. Ada yang bekerja dengan mereka tetapi mendapat gaji yang lumayan kerana mereka minat dengan pekerjaan tersebut. Saya tidak mengatakan TC Event Resources ni 100% menipu tetapi maklumat pekerjaan yang disebarkan mereka adalah mengelirukan ramai pihak. Pekerjaannya memang wujud iaitu sebagai penjual produk, bukan mengurus "event". Setelah diviralkan di laman Twitter, ramai yang berkongsi pendapat mereka dan respons. Biarlah gambar berbicara. Tegur saya sekiranya saya salah. TK.



























Comments

  1. Assalamualaikum.
    1) Allow third-party cookies dekat settings Google.
    2) Kemudian tinggalkan komen untuk berkongsi pendapat secara terbuka ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you atas information , saya baru je dapat call untuk temuduga cakap memang manis rasa bangga sekejap sebab dapat kerja kan pagi pun saya freshy . Tapi selepas jumpa blogger ni memberi kesedaran so saya decide untuk tidak Accept iv .

      Delete
  2. Info yang menarik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang benda ni. Good job

    ReplyDelete
  3. Senarai scammer / Nama companies & no telefon yang sewajarnya dielakkan :
    Threo , Optimum , Tc Event , Orins
    011-1858 2863
    019-340 2313
    018-210 9150
    013-908 0855
    017-385 2782
    010-245 4634

    ReplyDelete
  4. yaAllah, saya baru dapat offer job ni. terima kasih membantu sebab saya terkejut juga dia punya office saya check ada di Sarawak. Tapi iv di Desa tebrau, Johor. Bila research company ni takda apa pun keluar. Terima kasihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah sama😭😭

      Delete
  5. Thanks and that i have a nifty present: Who House Renovation average cost to renovate a house

    ReplyDelete

Post a Comment